Monday, November 22, 2010


PENGENALAN

Isipadu cecair merujuk kepada kandungan cecair yang terdapat dalam sesuatu bekas atau alat penyukat cecair yang digunakan dalam bentuk piawai yang sebenar ataupun tidak. Cecair yang disukat di dalam bekas contohnya menggunakan botol, baldi, cawan, gelas, dan sebagainya.Cecair yang disukat dalam alat penyukat pula seperti di dalam tabung uji, silinder penyukat, bikar penyukat dan sebagainya.
 
Kandungan cecair boleh disukat dengan menggunakan alat bukan piawai sebenar dan alat piawai sebenar. Alat bukan piawai sebenar biasanya diperbandingan seperti kurang, lebih atau sama.Alat piawai sebenar pula ialah penggunaan sistem metrik iaitu menggunakan sukatan mililiter ( ml) ataupun liter (l).

KEKELIRUAN / SALAH KONSEP

Kekeliruan murid yang utama ialah semasa menyukat dan membanding isipadu cecair iaitu bila murid membanding dengan menggunakan bekas yang berlainan daripada segi saiz dan bentuk bekas yang digunakan.Bagi memastikan kekeliruan ini guru boleh menyuruh murid perhatikan pelbagai bekas dan alat yang digunakan untuk aktiviti di dalam kelas.Cara yang berkesan ialah melalui pengalaman murid itu sendiri seperti aktiviti di sekitar rumah atau sekolah dan diaplikasikan di dalam bilik darjah.

 
Pelbagai bahan dan bekas boleh di bawa ke kelas dan guru boleh memulakan dengan menunjukkan kepada murid cara membandingbezakan isipadu cecair menggunakan bekas yang sama atau berbeza. Aktiviti ini dijalankan seperti ditunjukkan pada dua contoh alat Bantu mengajar yang disediakan dan rancangan pengajaran berikutnya

Thursday, November 18, 2010

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Kemahiran:Mengukur  dan Membandingkan  Isipadu Cecair
Aktiviti 1    :Menggunakan unit bukan piawai dan unit piawai.

(a) Dengan Unit Bukan Piawai

Hasil Pembelajaran   :
Di akhir pembelajaran, murid boleh mengukur dan membandingkan isipadu cecair  dengan perbandingan secara langsung menggunakan unit bukan piawai dengan betul.

Bahan Bantu Mengajar   :
Bekas yang pelbagai bentuk dan saiz, sebaldi air.

Langkah-langkah      :  
  • Set Induksi  - Dengan menggunakan  kad gambar bekas-bekas yang boleh diisi air,  guru menyoal murid menamakan bekas-bekas berkenaan.
 
  • Bahagikan murid kepada empat kumpulan di mana setiap kumpulan disertai murid yang mempunyai  pencapaian yang tinggi dan pencapaian yang rendah supaya mereka dapat menjalankan kerja secara pembelajaran koperatif.
  • Lantik seorang pencatat dari setiap kumpulan untuk merekodkan bacaan ukuran.
  • Setiap kumpulan akan merekodkan bilangan cawan yang diperlukan untuk mengisi air dalam setiap bekas dalam borang yang diedarkan.
  • Murid juga dibimbing membuat anggaran seperti separuh penuh, penuh dan kosong.

 Jadual 1:
 Mengukur isipadu cecair dengan unit bukan piawai

Bekas
Bilangan cawan air yang diperlukan

 
 Botol air mineral

3
 
Mangkuk

2

Contoh lembaran kerja:
Bulatkan bekas yang mengandungi banyak air  dengan warna biru dan bekas yang mengandungi sedikit air dengan warna merah.


 

(b) Menggunakan unit piawai

Hasil Pembelajaran :
Di akhir pembelajaran, murid boleh mengukur isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai dengan betul.

Bahan bantu Mengajar :
Bekas berbeza saiz, sebaldi air, selinder penyukat, lembaran kerja

Langkah-langkah :
  • Set induksi – murid diperkenalkan alat-alat penyukat isipadu yang mempunyai senggatan. Dan alat yang boleh di baca dengan tepat.
Selinder Penyukat  
Bikar
 Jag
  • Bahagikan murid kepada empat kumpulan di mana setiap kumpulan disertai murid yang mempunyai pencapaian yang tinggi dan pencapaian yang rendah supaya mereka dapat menjalankan kerja secara pembelajaran koperatif.
  • Lantik seorang pencatat dari setiap kumpulan untuk merekodkan bacaan ukuran.
  • Beri setiap kumpulan 4 set bekas yang berbeza saiz, dan satu selidner  penyukat unit l.
  • Setiap kumpulan mengisi setiap bekas berkenaan dengan air.
  •  Mereka kemudiannya mengukur isipadu air dari bekas berkenaan dengan selinder.
  •  Ahli setiap kumpulan merekodkan keputusan 
  •  Sambil itu guru memperkenalkan kepada murid unit ukuran isipadu cecair, liter( l )

Jadual 2 :    Mengukur Isipadu Cecair dengan unit piawai / standard.

Bekas
Selinder  l
jag





2
botol mineral



1
 
Contoh Lembaran Kerja

Tuliskan bacaan pada selinder penyukat berikut ;

Kemahiran :  Membuat perbandingan isipadu cecair dengan unit piawai

Aktiviti  2 : Pengukuhan

Hasil pembelajaran :
Diakhir pembelajaran murid boleh membandingkan isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai

Bahan Bantu Mengajar :
  1. Satu set papan putaran (spinning board), kad nombor, kad gambar, bekas ajaib ( seperti kotak susu, bekas kuih, dan sebagainya)
  2. Lembaran kerja, papan permainan (game board)

Langkah-langkah :
Murid-murid dibahagikan kepada 2 kumpulan  iaitu kumpulan pencapaian tinggi dan kumpulan pencapaian rendah.

Kumpulan Pencapaian Tinggi


Aktiviti  : Permainan papan putaran.
  1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan lima-lima.
  2. Ada 4 warna diatas papan yang merujuk kepada 4 warna bekas ajaib
  3. Setiap ahli dalam setiap kumpulan akan membuat putaran mengikut giliran.
  4. Apabila putaran berkenaan berhenti pada warna yang ditunjukkan, ahli kumpulan berkenaan akan mengambil satu kad nombor dari bekas ajaib dan membaca isipadu   cecair yang tertera pada kelas.
  5. Jika papan putaran tersebut berhenti pada warna putih, murid / kumpulan berkenaan akan hilang giliran satu pusingan dan kumpulan lain pula akan membuat putaran. 
  6. Markah dicatatkan berdasarkan bacaan isipadu cecair yang tertera pada kad nombor.
  7. Permainan tamat pada pusingan kelima.
  8. Kumpulan yang mengumpal markah tertinggi diisytiharkan pemenang.

Kumpulan Pencapaian Rendah

Aktiviti  : Padankan

Lembaran  1 :  Warnakan kemudian gunting dan tampalkan pada lembaran kedua.

Lembaran 2 : Tampalkan dan tuliskan bacaannya

Wednesday, November 17, 2010

Measuring Volume with Various Glassware

How To Measure the Volume of a LIquid Using A Graduated Cylinder

Tugasan

Soalan Tugasan Matematik Semester September 2010
Misconception on capacity may arise among the students while teaching Volume of liquid especially when comparing capacity of two containers that can hold more. Students often make the comparison on height rather than its capacity. Find ONE (1) video in the internet that show how volume of liquid are measured. Create TWO (2) teaching aids that can be applied to Year Two students to help them understand better. Based on your teaching aids, you are required to create TWO (2) teaching activities; each for high achiever and low achiever students. Finally, you are required to develop your own blog and  post the video, teaching aid and teaching activities in your blog. You are free to choose any platform that are available in the internet. For reference you may browse at www.blogger.com on developing your blog. You are only required to submit link to your blog. 
 
Terjemahan
Kesalahpahaman pada kapasiti mungkin timbul di kalangan pelajar saat mengajar Volume cecair terutama ketika membandingkan kapasiti dua kontena yang boleh menyimpan lebih. Pelajar sering membuat perbandingan pada tinggi daripada kapasitinya. Cari SATU (1) video di internet yang menunjukkan bagaimana kelantangan cair diukur. Buat DUA alat bantu mengajar (2) yang boleh dilaksanakan untuk Tahun Dua pelajar untuk membantu mereka memahami lebih baik. Berdasarkan alat bantu pengajaran anda, anda akan diminta untuk membuat kegiatan mengajar DUA (2); masing-masing untuk berprestasi dan mahasiswa achiever rendah. Akhirnya, anda diminta untuk membangunkan blog anda sendiri dan posting video, bantuan dan aktiviti mengajar mengajar di blog anda. Anda bebas untuk memilih platform yang tersedia di internet. Untuk rujukan anda dapat browsing di www.blogger.com mengembangkan blog anda. Anda hanya diminta untuk menyerahkan link ke blog anda.