Thursday, November 18, 2010

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Kemahiran:Mengukur  dan Membandingkan  Isipadu Cecair
Aktiviti 1    :Menggunakan unit bukan piawai dan unit piawai.

(a) Dengan Unit Bukan Piawai

Hasil Pembelajaran   :
Di akhir pembelajaran, murid boleh mengukur dan membandingkan isipadu cecair  dengan perbandingan secara langsung menggunakan unit bukan piawai dengan betul.

Bahan Bantu Mengajar   :
Bekas yang pelbagai bentuk dan saiz, sebaldi air.

Langkah-langkah      :  
  • Set Induksi  - Dengan menggunakan  kad gambar bekas-bekas yang boleh diisi air,  guru menyoal murid menamakan bekas-bekas berkenaan.
 
  • Bahagikan murid kepada empat kumpulan di mana setiap kumpulan disertai murid yang mempunyai  pencapaian yang tinggi dan pencapaian yang rendah supaya mereka dapat menjalankan kerja secara pembelajaran koperatif.
  • Lantik seorang pencatat dari setiap kumpulan untuk merekodkan bacaan ukuran.
  • Setiap kumpulan akan merekodkan bilangan cawan yang diperlukan untuk mengisi air dalam setiap bekas dalam borang yang diedarkan.
  • Murid juga dibimbing membuat anggaran seperti separuh penuh, penuh dan kosong.

 Jadual 1:
 Mengukur isipadu cecair dengan unit bukan piawai

Bekas
Bilangan cawan air yang diperlukan

 
 Botol air mineral

3
 
Mangkuk

2

Contoh lembaran kerja:
Bulatkan bekas yang mengandungi banyak air  dengan warna biru dan bekas yang mengandungi sedikit air dengan warna merah.


 

(b) Menggunakan unit piawai

Hasil Pembelajaran :
Di akhir pembelajaran, murid boleh mengukur isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai dengan betul.

Bahan bantu Mengajar :
Bekas berbeza saiz, sebaldi air, selinder penyukat, lembaran kerja

Langkah-langkah :
  • Set induksi – murid diperkenalkan alat-alat penyukat isipadu yang mempunyai senggatan. Dan alat yang boleh di baca dengan tepat.
Selinder Penyukat  
Bikar
 Jag
  • Bahagikan murid kepada empat kumpulan di mana setiap kumpulan disertai murid yang mempunyai pencapaian yang tinggi dan pencapaian yang rendah supaya mereka dapat menjalankan kerja secara pembelajaran koperatif.
  • Lantik seorang pencatat dari setiap kumpulan untuk merekodkan bacaan ukuran.
  • Beri setiap kumpulan 4 set bekas yang berbeza saiz, dan satu selidner  penyukat unit l.
  • Setiap kumpulan mengisi setiap bekas berkenaan dengan air.
  •  Mereka kemudiannya mengukur isipadu air dari bekas berkenaan dengan selinder.
  •  Ahli setiap kumpulan merekodkan keputusan 
  •  Sambil itu guru memperkenalkan kepada murid unit ukuran isipadu cecair, liter( l )

Jadual 2 :    Mengukur Isipadu Cecair dengan unit piawai / standard.

Bekas
Selinder  l
jag





2
botol mineral



1
 
Contoh Lembaran Kerja

Tuliskan bacaan pada selinder penyukat berikut ;

Kemahiran :  Membuat perbandingan isipadu cecair dengan unit piawai

Aktiviti  2 : Pengukuhan

Hasil pembelajaran :
Diakhir pembelajaran murid boleh membandingkan isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai

Bahan Bantu Mengajar :
  1. Satu set papan putaran (spinning board), kad nombor, kad gambar, bekas ajaib ( seperti kotak susu, bekas kuih, dan sebagainya)
  2. Lembaran kerja, papan permainan (game board)

Langkah-langkah :
Murid-murid dibahagikan kepada 2 kumpulan  iaitu kumpulan pencapaian tinggi dan kumpulan pencapaian rendah.

Kumpulan Pencapaian Tinggi


Aktiviti  : Permainan papan putaran.
  1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan lima-lima.
  2. Ada 4 warna diatas papan yang merujuk kepada 4 warna bekas ajaib
  3. Setiap ahli dalam setiap kumpulan akan membuat putaran mengikut giliran.
  4. Apabila putaran berkenaan berhenti pada warna yang ditunjukkan, ahli kumpulan berkenaan akan mengambil satu kad nombor dari bekas ajaib dan membaca isipadu   cecair yang tertera pada kelas.
  5. Jika papan putaran tersebut berhenti pada warna putih, murid / kumpulan berkenaan akan hilang giliran satu pusingan dan kumpulan lain pula akan membuat putaran. 
  6. Markah dicatatkan berdasarkan bacaan isipadu cecair yang tertera pada kad nombor.
  7. Permainan tamat pada pusingan kelima.
  8. Kumpulan yang mengumpal markah tertinggi diisytiharkan pemenang.

Kumpulan Pencapaian Rendah

Aktiviti  : Padankan

Lembaran  1 :  Warnakan kemudian gunting dan tampalkan pada lembaran kedua.

Lembaran 2 : Tampalkan dan tuliskan bacaannya

No comments:

Post a Comment